Persatuan Makanan Ehsan Edar 500 Kotak Biskut Kepada Orang Ramai Terjejas PKP

Persatuan Makanan Ehsan Edar 500 Kotak Biskut Kepada Orang Ramai Terjejas PKP

Sabtu lalu, 29 Mei 2021, sejurus kerajaan mengumumkan Printah Kawalan Pergerakan (PKP) terbaru, sekumpulan individu telah mengedarkan makanan ringan di sekitar Lembah Klang.

Persatuan Makanan Ehsan membuat edaran tersebut pada Jumaat Malam yang lepas.

Meskipun berdepan dengan pelbagai rintangan, Persatuan Makanan Ehsan berjaya membuat agihan sebanyak 500 kotak biskut ke rumah-rumah, pusat komuniti, dan golongan miskin.

Kumpulan tersebut yang bergerak sebanyak 5 buah kenderaan membuat agihan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dan berlangsung sehingga hari Ahad.

Persatuan Makanan Ehsan merupakan NGO yang ditubuhkan pada bulan Mac 2021, tiga bulan yang lalu dengan tujuan memberikan khidmat bantuan kepada masyarakat yang memerlukan.

GoodNews sempat menghubungi Fadillah Mohd Yakin, yang juga merupakan tunjang utama pertubuhan dan projek kebajikan ini.

“Pasukan membuat penghantaran ke 27 pusat komuniti dan penggerak di seluruh Lembah Klang, dan untuk ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Raja Singham, Penyelaras Projek ini, serta Pengasas dan Pengarah Urusan BAC Education Group, untuk menguruskan logistik kempen ini. ”

Berikut adalah senarai terperinci rumah / organisasi / komuniti yang dihantar Pasukan Sukarelawan:

Usaha terpuji seperti ini tidak dapat dinafikan, banyak memberi peluang kepada orang awam untuk memperbaiki serba sedikit kehidupan yang terjejas akibat pandemik ini.

Sri, seorang perunding penjualan yang menawarkan diri, berkata,

“Ini adalah pengalaman yang baik, kerana saya dapat menyaksikan bagaimana perbuatan kecil seperti mendermakan biskut sebenranya sangat membantu mereka yang memerlukan. Rasanya juga senang melihat orang-orang dari pelbagai lapisan masyarakat terlibat secara aktif dalam program komuniti sebegini. Saya gembira menjadi sebahagian daripada ini. “

Related Posts