23 July 2026

23 July 2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami zahirkan kepada Puan Liza, Dato’ Ali serta seluruh warga Free Food Society (FFS) atas sumbangan beras yang berterusan kepada kami.
Sumbangan ini telah memberi manfaat kepada Maahad Tahfiz Al Abrar, Maahad Tahfiz Darul Ulom, Maahad Tahfiz Annabawi, Maahad Tahfiz Baitul Izzah, Maahad Tahfiz Darul Fikri, serta keluarga-keluarga asnaf yang memerlukan.
Semoga segala jasa, keprihatinan dan pengorbanan yang dicurahkan menjadi amal jariah yang berkekalan, dilipatgandakan ganjarannya oleh Allah SWT, dikurniakan keberkatan rezeki, kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan.
Jazakumullahu khairan kathira. Semoga Allah SWT terus memberkati usaha murni Free Food Society dalam menyantuni masyarakat.
Related Posts